Tanggal 14 Mei merupakan hari bersejarah kepada kedua pasangan Hafiz Suip dan pilihan hatinya, Nureffy, pasangan merpati dua sejoli ini telah selamat diijabkabulkan hanya dengan sekali lafaz di kediaman rumah pengantin perempuan.

Selepas selesai majlis pernikahan Hafiz dan Nureffy, majlis persandingan turut dilangsungkan pada hari yang sama bertempat di Hotel Pullman Kuching, Sarawak.

Tampak berseri dengan pilihan busana tradisional berwarna hijau daun pisang, majlis persandingan itu turut diserikan lagi dengan kehadiran beberapa rakan artis dan nyanyian oleh Akim Ahmad.

Mempelai berangkat di atas pelamin, sama cantik sama padan, kompang dipalu menyahut restu, pengantin duduk tersenyum malu, MH Online mengucapkan selamat pengantin baru.

Berikut lapan gambar menarik sekitar majlis persandingan untuk tatapan pembaca..