, KEJAM!! 6 Kes Pembuangan Bayi Yang Paling Kejam Di Malaysia. | cerita panas

KEJAM!! 6 Kes Pembuangan Bayi Yang Paling Kejam Di Malaysia.

  • Pada 15 Mei lalu, Malaysia digemparkan dengan berita mengenaiseorang bayi yang dipotong 15 di Johor Bahru dan kemudian dibuang melalui lubang tandas

      • C195
    • Cebisan bayi tersebut kemudian dijumpai di sebuah loji kumbahan.
  • Pembuangan bayi merupakan tindakan yang sangat kejam!

    • Jadi, sejauh mana kes pembuangan bayi ini telah berleluasa di negara kita?

      • Mengikut statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 26 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara pada suku pertama tahun 2014

          • 6092
        • Bagi tahun 2011, pada bulan Januari sahaja sebanyak 34 kes buang bayi dilaporkan di akhbar-akhbar utama Malaysia.
      • Siapakah golongan tertinggi yang terlibat dengan gejala ini?

        • Mengikut statistik kes pembuangan bayi, 40 kes daripada 93 yang diketahui melibatkan remaja berumur 18 sehingga 25 tahun

            • Bd7e
        • Apakah faktor-faktor utama berlakunya kes pembuangan bayi?

          • Kebanyakan kes pembuangan bayi berlaku disebabkan oleh faktor-faktor utama seperti berikut:

              • 6231
            • 1. Kekurangan didikan agama: ia menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan lalu, terlibat dalam gejala negatif seperti pergaulan bebas.

              2. Pengaruh rakan sebaya: rakan-rakan yang negatif mempengaruhi remaja untuk melakukan perkara di luar batasan agama seperti disko, menghisap dadahdan melakukan pergaulan bebas.

              3. Sikap masyarakat yang suka mengkritik dan menghukum: oleh kerana masyarakat seringkali akan menghina akan mereka yang telah terlanjur dan mempunyai anak luar nikah, remaja tersebut akan mengambil jalan mudah dengan membuangkan bayinya.
          • Selain daripada kes bayi dipotong 15, terdapat beberapa lagi kes pembuangan bayi yang sangat kejam berlaku sebelum ini. Antaranya:

            • 1. Bayi yang masih bertali pusat dicampak dari kenderaan bergerak di Sibu, Sarawak pada 2010

                • 4e40
                  Gambar sekadar hiasan.
              • Bayi yang dicampak dari kenderaan menyebabkan kepalanya pecah. Mayat bayi itu dibungkus dengan kertas surat khabar dan dimasukkan ke dalam beg plastik hitam.

            • 2. Bayi baru lahir dicampak ke dalam longkang oleh seorang remaja dari tingkat dua sebuah rumah pangsa di Selayang, Selangor pada 2011

                • Seorang anggota polis menjalankan siasatan di tempat bayi baru lahir dicampakkan ibunya ke dalam longkang di Flat Taman Segar, Selayang.
              • Mayat bayi yang lengkap sifatnya itu ditemui oleh orang awam di dalam longkang pada pukul 7 pagi dalam keadaan tertiarap. Remaja yang bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran itu mengaku melahirkan bayi tersebut di dalam tandas.

                Remaja itu berkata bahawa bayinya tersebut sudah tidak bernyawa selepas dilahirkan lalu membuangnya ke dalam longkang.
                 theantdaily.com
            • 3. Bayi ditemui dalam mangkuk tandas Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan, Pahang pada 2012

                • C250
                  Gambar sekadar hiasan.
              • Bayi lelaki berkenaan telah dijumpai mati di dalam sebuah mangkuk tandas di Wad Teratai 2C dengan keadaan kepala bayi itu terperosok ke dalam mangkuk tandas.

            • 4. Bayi perempuan mati lemas dalam tangki simpanan air di stesen minyak BHP Seremban, Negeri Sembilan pada Mei 2015

                • Bb03
              • Bayi tersebut telah ditemui oleh seorang pelanggan yang hendak menggunakan tandas tersebut. Sejurus itu, beliau melaporkan kejadian tersebut kepada penyelia stesen minyak sebelum dilaporkan kepada pihak berkuasa.
            • 5. Bayi kembar ditinggalkan dalam almari kosong di sebuah pangsapuri di Georgetown, Pulau Pinang juga pada Mei 2015

                • 3335
              • Mayat bayi kembar itu dibaluti tuala dan ditemui oleh seorang tukang cuci ketika dia sedang menyapu sampah.

            0 Response to "KEJAM!! 6 Kes Pembuangan Bayi Yang Paling Kejam Di Malaysia. "

            Post a Comment