SETIAP pasangan suami isteri yang mendirikan rumah tangga semestinya berusaha bersunguh-sunguh untuk memastikan rumah tangga yang dibina kekal hingga akhir hayat.
Namun, laman sosial Twitter dan Facebook hari ini kecoh mengenai punca perceraian yang berlaku di negeri Selangor yang dikongsi oleh sebuah akhbar menerusi ruangan info.
Laporan tersebut yang dikeluarkan oleh akhbar Kosmo! menerusi kajian bersama dengan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor mendedahkan beberapa punca perceraian di negeri tersebut yang berpunca kerana kes “remeh” adalah antara penyumbang kepada peningkatan kes cerai di negeri tersebut saban tahun.
Ternyata, info yang disediakan sebagai memberi panduan kepada orang ramai itu mendapat reaksi pelbagai dalam kalangan pengguna media sosial yang menyifatkan punca perceraian pasangan di Selangor adalah “mengarut”.
Manakan tidak, maklumat tersebut mendedahkan kes remeh yang membawa kepada perceraian antaranya adalah kerana punggung isteri menggerutu, suami tidak pandai melakukan hubungan seks, selain sikap isteri yang suka membasuh baju pada waktu malam dan pasangan lupa pam tandas.
Malah, info tersebut turut menjadi bahan lawak dalam kalangan pengguna media sosial.
Sebanyak 23 kes remeh yang mengakibatkan pasangan bercerai disenaraikan dalam ruangan berkenaan. Berikut adalah info tersebut:
• Punggung isteri menggerutu
• Suami tidak pandai melakukan hubungan seks
• Isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori
• Isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di surau
• Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai
• Isteri suka membasuh baju pada waktu malam
• Suami mencurigai setiap tindakan isteri
• Isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu
• Berbeza fahaman politik
• Suami tidak suka makan dalam kereta
• Gaji suami lebih rendah
• Isteri lambat menyediakan makanan
• Pasangan bangun tidur lewat
• Suami kerja tidak tentu masa
• Anak demam dan tidak sihat
• Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih
• Pasangan terlalu cerewet
• Pasangan tidur berdengkur
• Pasangan gemar membeli-belah
• Suami tangkai jering (kedekut)
• Pasangan lupa pam tandas
• Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju
• Berebut rancangan televisyen
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kenyataan pada Jun 2015 menyatakan jumlah statistik perceraian pada tahun 2014 meningkat kepada 6,912 kes berbanding 6,162 kes pada 2013.
0 Response to "Punggung Isteri Menggerutu, Lupa Pam Tandas Antara Punca Kes Perceraian Di Selangor"
Post a Comment